No.23, Jalan Rahmat, Kg Melayu Majidee
81100 Johor Bahru
Kami merujuk kepada Draf Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam” yang dikeluarkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bahagian5. Kaedah Rawatan,5.1 Skop Pengubatan Islam, 5.1.2.2 Kaedah yang tidak dibenarkan
i. Bedah batin
Bahagian 8.Larangan-larangan dalam Pengubatan Islam. 8.3 Cara Merawat dan Kaedah Rawatan yang Digunakan. 8.3.2 Menjalankan pembedahan batin, yang dilakukan secara ghaib yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus atau secara makrifat..
Kami tidak bersetuju dengan “Draf garis panduan Amalan Pengubatan Islam” dan ingin menbentangkan penjelasan kami.
Definasi Bedah Batin
Pembedahan yang dilakukan tanpa alat pembedahan moden, pertolongan jin, atau sihir,dipraktikkan menerusi ilmu marifatullah.
Definasi Ilmu Ma’rifatullah
Ilmu Ma’rifatullah, yaitu Ilmu untuk mengenal Allah Pengetahuan yang dicapai dari ma’rifat lebih tinggi dari pengetahuan yang dicapai dengan Akal. Memperoleh ma’rifat merupakan proses yang berkesinambungan. Bertambah banyak seseorang memperoleh ma’rifat berarti banyaklah yang diketahuinya tentang rahsia-rahssia Allah SWT dan ia semakin dekat kepada Allah. Ma’rifat bukan hasil pemikiran manusia tetapi bergantung kepada hidayah (karunia) Allah SWT jua. Ma’rifat adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya yang sanggup menerima karunia itu dengan adanya kesungguhan, kerajinan dan ketaatan mengabdikan diri sebagai hamba Allah. Setinggi-tingginya ilmu lagi suci adalah Ilmu Ma’rifat.
Kami telah meletakkan beberapa pendekatan dalam melakukan rawatan menerusi ilmu marifatullah (yang pada hari ini orang awam mempopularkan dengan sebutan bedah batin):
1. Berdasarkan fadhilat doa yang dipetik daripada ayat al-Quran.
2. Menggunakan bahasa yang difahami.(contoh, Ya Mahasuci Allah beri kesembuhan kepada Sipolan)
3. Jangan mengi’tiqadkan bahawa doa itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.(contoh, setiap doa diakhiri.......Walhamdulillahirabbilallamin (Dan segala puji bagi Allah …......)
Ada jenis-jenis penyakit yang perlu dirawat melalui “pembedahan”menerusi Ilmu Marifatullah. Pendekatan ini dilakukan bukan menggunakan pisau,keris,kemenyan, benda tajam dan sebagainya, tetapi dilakukan secara ma'rifatullah. Contohnya ialah untuk penyakit saluran jantung tersumbat.Oleh kerana organ ini sangat vital dan berada didalam bahagian tubuh, cara yang paling selamat ialah menerusi Ilmu Ma'rifatullah dipadukan pula dengan pesakit itu mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, zikir, doa dan ubat herba, saluran jantung yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala.
Islam menyuruh umatnya berikhtiar apabila sakit. Nabi S.A.W sendiri pernah mengubati kaum keluarga, sahabat-sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta ubat tradisional. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T bahawa ayat-ayat suci al-Quran menjadi ubat penawar, firmanNya,
Yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’: 82)
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak Hadith yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W dalam Hadis-hadis baginda S.A.W.
Banyak persoalan dikemukakan. Apakah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ada ilmu mari’fat,
digunakan sebagai jurusan untuk mempertahankan diri. Wallahualam. Tetapi dari segi kiasan-kiasan sejarah, ayat-ayat al-Quran dan hadis boleh kita berfikir cara waras dan bertanya pada diri sendiri, mungkin ada tetapi tidak dihebahkan.Sebahagiannya serperti dibawah:-
“Dan katakana, telah datang yang benar dan lenyapkan yang bathil, sesungguhnya yang bathil itu pasti lenyap” (Bani Israil 17 Ayat 81 Juz 15).
“Dan sekiranya ada sesuatu bacaan, (Kitab suci yang dengan bacaan itu,Gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya, orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu Al-Quran itulah dia) “Ar Ra’d (Guruh) Jus 13 Ayat 31.
“Ya benar, jika kamu bersabar dan bertaqwa (bersiap-siap), dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya tuhanmu menolong mu dengan 5,000 malaikat yang memakai (tanda pasukan masing-masing) panji-panji “(Al-Imran (3) Ayat 125 Juz 4)
“Sesungguhnya keadaan apabila dia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia”. (4 Yassin. 82)
Ayat-ayat diatas adalah sebagai renungan kepada kita akan janji-janji Allah yang dinyatakan dalam Al-Quran. Bagaimana untuk memperolehi pertolongan Allah, kita hendaklah bertaqwa dam menyempurnakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang ditegah.
Zaman sekarang, Negara kafir memiliki bom nuklear dan lain-lain senjata yang lebih hebat. Bagaimana Negara Islam hendak mengalahkan mereka kalau tidak dengan kekuatan iman (keyakinan dan bertawalkal kepada Allah) Allah berfirman.
“Dengan Nama Allah, Tidak akan memberi kerosakan mau dilangit dan dibumi, apabila berserta dengan namanya”, Inilah pegangan yang patut ada pada tiap-tiap kaum muslimim.
Menurut riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasaa’i, nabi s.a.w. apabila memulakan peperangan beliau membaca doa” Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereka. Jiwa kami dan jiwa mereka ditanganmu. Engkau sendiri yang dapat mengalahkan mereka”.
(Al Adzkar: 93)
Menurut riwayat Ibnu Sunny, Anas r.a (Al Adzkar 93- Susunan Al-Imam An-Nawawi) berkata” Adalah didalam sesuatu peperangan beserta nabi s.a.w, lalu berjumpa dengan musuh.Maka aku mendengar Rasul s.a.w. mengucap “Yaa Malikkiyaumiddin Iyyakanak Budu Waiyya Kanastain”, diketika aku lihat musuh-musuh itu terpelanting dengan sendiri, jatuh ketanah dihentam oleh para malaikat yang berada dihadapan dan dibelakang mereka”.
Diriwayatkan juga dalam satu daripada peperangan yang dilalui oleh Rasullullah saw. Ada seorang yahudi yang bernama Daksur dapat menyusup ketempat tidur Rasullullah saw dibawah pohon kurma. Apabila ia sampai berhadapan Rasullullah ia pun bangunkan Rasullullah lalu berkata: “Ya Muhammad, siapa yang dapat menolongmu.”Maka dijawab oleh Rasullullah saw:”Allah yang boleh menyelamatkan aku”.maka gementarlah Daksur tidak dapat bergerak dan jatuh pedangnya. Lalu diambil oleh Rasullullah akan pedang itu dan dihunus kepada Daksur sambil berkata “Siapakah boleh menyelamatkan kamu?” Lalu dijawab oleh Daksur dalam gementar:” Hanya engkau Muhammad, sekira ada belas kasihan terhadap aku”. Lalu Rasullullah pun menurun pedang tersebut dan bertaubatlah Daksur terus memeluk Islam dihadapan Rasullullah.
Diriwayatkan juga seorang wali Allah bernama Rabi’ah Al-Adawiyah tatkala ia difitnah berkalwat dengan gurunya. Maka ia disuruh berdiri untuk dilempari dengan batu. Apabila dilempar batu-batu tersebit tidak langsung mengena sasaran. Maka terbuktilah kebenaran Ra’biah.
Adakah ini kias menunjukkan pertahanan diri serperti jurusan sebagai sesuatu pertolongan atau maunah dari Allah dan menerusi ilmu makri’fat juga kita memperolehi maunah dari Allah dalam bedah batin. Maksud kaedah atau doa yang sama ada digunakan oleh Rasul s.a.w. sendiri. Kalau betul, bolehkah kita jadikan satu daripada sunah-sunah Nabi?
Para Nabi dengan mukjizat, Wali dengan keramat maka kita memohon maunah (pertolongan) Allah.Boleh kita kiaskan bahawa ilmu mari’fat anugerah Allah boleh dipelajari dan amalkan oleh umat Islam.
Kesimpulannya
Jika seseorang Pengamal pembedahan batin mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran dan wirid-wirid yang ma’thur serta tidak bercampur aduk dengan sebutan-sebutan yang meragukan dan boleh membawa kepada syirik maka Islam mengharuskannya. Untuk tujuan rawatan dan pengubatan, kita dibenarkan menggunakan apa jua cara asalkan kaedah rawatan yang akan dijalani itu tidak mengamalkan perkara-perkara berikut:
1. Berinteraksi dengan jin.
2. Mengandungi unsur-unsur syirik.
3. Penggunaan bahan yang haram.
4. Cara pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
5. Suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Oleh yang demikian kami sebagai Ahli Jawantankuasa mengusulkan butiran:-
5.1.2.2 dipinda sebagai berikut.
5.1.2.2 Kaedah yang tidak dibenarkan
i. Bedah batin yang batil dan/atau mengunakan bantuan makhluk halus dan/atau jin, kecuali berasaskan fadhilat doa-doa yang dipetik daripada AL-Quran dan Hadis.
8.3.2 dipinda sebagai berikut.
8.3.2 Menjalankan pembedahan batin, yang dilakukan secara ghaib yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus dan/atau jin, kecuali berasaskan fadhilat doa- doa yang dipetik daripada nas-nas Al-Quran dan Hadis.
Sekian, Wasallam
Dato Mahaguru Raden Johari Mansor Al-Haj
Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan
No comments:
Post a Comment