Friday, July 1, 2011

Assalammualaikum



PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK KILAT KEBANGSAAN
                                                                (Daftar: 2025/88J)




Kami merujuk kepada Risalah (Batas Amalan Pengubatan Islam/CA&P/BPTK) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian 4.4 Skop Pengubatan Islam. 4.4.2 Kaedah Rawatan, 4.4.2.2 Kaedah yang tidak dibenarkan iaitu i) Bedah Batin. Kami tidak bersetuju dengan resolusi ini dan ingin menbentangkan penjelasan kami.




Definasi Bedah Batin
Pembedahan yang dilakukan tanpa alat pembedahan moden, pertolongan jin, atau sihir,dipraktikkan secara ghaib dan simbolik menerusi ilmu marifatullah.
Ilmu Ma’rifatullah, yaitu Ilmu untuk mengenal Allah Pengetahuan yang dicapai dari ma’rifat lebih tinggi dari pengetahuan yang dicapai dengan Akal. Memperoleh ma’rifat merupakan proses yang berkesinambungan. Bertambah banyak seseorang memperoleh ma’rifat berarti banyaklah yang diketahuinya tentang rahasia-rahasia Allah SWT dan ia semakin dekat kepada Allah. Ma’rifat bukan hasil pemikiran manusia tetapi bergantung kepada hidayah (karunia) Allah SWT jua. Ma’rifat adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya yang sanggup menerima karunia itu dengan adanya kesungguhan, kerajinan dan ketaatan mengabdikan diri sebagai hamba Allah. Setinggi-tingginya ilmu lagi suci adalah Ilmu Ma’rifat.
Bedah batin telah ujud lama dialam Perubatan Melayu Nusantara. Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan (PSSGKK). Nombor daftar 2025/88J, merupakan salah satu pertubuhan yang menjadi pelopor bedah batin sejak sekian lama.
Kami telah meletakkan beberapa syarat terhadap penggunaan jampi mentera atau serapah yang dibolehkan dan digunapakai  dalam bedah batin:
  1. Menggunakan ayat al-Quran.
  2. Menggunakan bahasa yang difahami.
  3. Jangan mengi’tiqadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
Berbalik kepada amalan tradisi kita yang menggunakan ayat-ayat al-Quran oleh Pengamal perubatan alternatif tidak semesti membuktikan apa yang dilakukan oleh individu yang terlibat adalah sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Tidak harus menggunakan khidmat jin walaupun perkara itu harus kerana Nabi S.A.W tidak meminta pertolongan mereka walaupun ketika berjihad di medan perang, usaha mendapatkan berita-berita musuh dan sebagainya sedangkan ketika itu baginda S.A.W sangat-sangat memerlukannya tetapi baginda S.A.W tidak melakukannya. Oleh kerana ia merupakan sifat orang-orang Jahiliah yang sentiasa meminta pertolongan daripada mereka maka Islam mengharamkan perkara ini dalam firmannya,
Yang bermaksud, “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”.
(Al-Jin : 6)



Pengubatan kami tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan.

Ianya berdasarkan kepada 4 amalan utama iaitu:

1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir
4. Ubatan Herba

 Mengikut prosedur perubatan yang kami amalkan, pesakit perlu berjumpa dengan kami dahulu, untuk menbuat diagnosis (kenal pasti) penyakit yang dialami oleh pesakit. Diagnosis (kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah “scanning”. Keupayaan “scanning” ini adalah suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT). Berdasarkan penyakit yang dikenal pasti, dengan izin dan hidayah Allah (SWT), Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, ini kemudian disusuli dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran, doa ,zikir dan ubat herba yang mempunyai kelulusan  Kementerian Kesihatan .
Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau,keris,kemenyan, benda tajam dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan batin untuk penyakit saluran jantung tersumbat. Pembedahan batin ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, zikir, doa dan ubat herba, saluran jantung yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala.
Pembedahan cara batin bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau)


Islam menyuruh umatnya berikhtiar apabila sakit. Nabi S.A.W sendiri pernah mengubati kaum keluarga, sahabat-sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta ubat tradisional. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T bahawa ayat-ayat suci al-Quran menjadi ubat penawar, firmanNya,





Yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al­-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’: 82)

Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak Hadith yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Amalan perubatan de­ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia­kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W  dalam Hadis-hadis baginda S.A.W.


Banyak persoalan dikemukakan. Apakah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ada ilmu mari’fat,
digunakan sebagai jurusan untuk mempertahankan diri. Wallahualam. Tetapi dari segi kiasan-kiasan sejarah, ayat-ayat al-Quran dan hadis boleh kita berfikir cara waras dan bertanya pada diri sendiri, mungkin ada tetapi tidak dihebahkan.Sebahagiannya serperti dibawah:-

“Dan katakanlah telah datang yang benar dan lenyapkan yang bathil, sesungguhnya yang bathil itu pasti lenyap” (Bani Israil 17 Ayat 81 Juz 15).





Dan sekiranya ada sesuatu bacaan, (Kitab suci yang dengan bacaan itu,Gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya, orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu Al-Quran itulah dia) Ar Ra’d (Guruh) Jus 13 Ayat 31.

“Ya benar, jika kamu bersabar dan bertaqwa (bersiap-siap), dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya tuhanmu menolong mu dengan 5,000 malaikat yang memakai (tanda pasukan masing-masing) panji-panji (Al-Imran (3) Ayat 125 Juz 4)



“Sesungguhnya keadaan apabila dia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia”. (4 Yassin. 82)
Ayat-ayat diatas adalah sebagai renungan kepada kita akan janji-janji Allah yang dinyatakan dalam Al-Quran. Bagaimana untuk memperolehi pertolongan Allah, kita hendaklah bertaqwa dam menyempurnakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang ditegah.
Kalau dalam peperangan Badar semua kaum muslimin mengunakan mari’fat sebagai jurusan untuk melawan musuh dan mempertahankan diri, InsyaAllah tidak akan ada orang kafir didunia ini, sebab orang kafir dapat melihat akan senjata sulit kehebatan  tentera Islam pada zaman itu.

Zaman sekarang, Negara kafir memileki bom nuklier dan lain-lain senjata yang lebih hebat. Bagaimana Negara Islam hendak mengalahkan mereke kalau tidak dengan kekuatan iman (keyakinan dan bertawalkal kepada Allah) Allah berfirman. “Dengan Nama Allah, Tidak akan memberi kerosakan mau dilangit dan dibumi, apabila berserta dengan namanya”, Inilah pegangan yang patut ada pada tiap-tiap kaum muslimim.
Menurut riwayat Abu Daud, At Turmudzy dan An Nasaa’y, nabi s.a.w. apabila memulakan peperangan beliau membaca doa” Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereke. Jiwa kami dan jiwa mereke ditanganmu. Engkau sendiri yang dapat mengalahkan mereke”. (Al Adzkar: 93)
Menurut riwayat Ibnu Sunny, Anas r.a 9Al Adzkar 93- Susunan Al-Imam An-Nawawi) berkata” Adalah didalam sesuatu peperangan beserta nabi s.a.w, lalu berjumpa dengan musuh.Maka aku mendengar Rasul s.a.w. mengucap “Yaa Malikkiyaumiddin Iyyakanak Budu Waiyya Kanastain”, diketika aku lihat musuh-musuh itu terpelanting dengan sendiri, jatuh ketanah dihentam oleh para malaikat yang berada dihadapan dan dibelakang mereke”.
 Diriwayatkan juga dalam satu daripada peperangan yang dilalui oleh Rasullullah saw. Ada seorang yahudi yang bernama Daksur dapat menyusup ketempat tidur Rasullullah saw dibawah pohon kurma. Apabila ia sampai berhadapan Rasullullah ia pun bangunkan Rasullullah lalu berkata: “Ya Muhammad, siapa yang dapat menolongmu.”Maka dijawab oleh Rasullullah saw:”Allah yang boleh menyelamatkan aku”.maka gementarlah Daksur tidak dapat bergerak dan jatuh pedangnya. Lalu diambil oleh Rasullullah akan pedang itu dan dihunus kepada Daksur sambil berkata “Siapakah boleh menyelamatkan kamu?” Lalu dijawab oleh Daksur dalam gementar:” Hanya engkau Muhammad, sekira ada belas kasihan terhadap aku”. Lalu Rasullullah pun menurun pedang tersebut dan bertaubatlah Daksur terus memeluk Islam dihadapan Rasullullah.
Diriwayatkan juga seorang wali Allah bernama Rabi’ah Al-Adawiyah tatkala ia difitnah berkalwat dengan gurunya. Maka ia disuruh berdiri untuk dilempari dengan batu. Apabila dilempar batu-batu tersebit tidak langsung mengena sasaran. Maka terbuktilah kebenaran Ra’biah.
Adakah ini kias menunjukkan pertahanan diri serperti jurusan sebagai sesuatu pertolongan atau maunah dari Allah dan  menerusi ilmu makri’fat juga kita memperolehi maunah dari Allah dalam bedah batin. Maksud kaedah atau doa yang sama ada digunakan oleh Rasul s.a.w. sendiri. Kalau betul, bolehkah kita jadikan satu daripada sunah-sunah Nabi?
Para Nabi dengan mujizat, Wali dengan keramat maka kita memohon maunah (pertolongan) Allah.Boleh kita kiaskan bahawa ilmu mari’fat anugerah Allah boleh dipelajari dan amalkan oleh umat Islam.

Kesimpulannya
Jika seseorang Pengamal pembedahan batin mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran dan wirid-wirid yang ma’thur serta tidak bercampur aduk dengan sebutan-sebutan yang meragukan dan boleh membawa kepada syirik maka Islam mengharuskannya. Untuk tujuan rawatan dan pengubatan, kita dibenarkan menggunakan apa jua cara asalkan kaedah rawatan yang akan dijalani itu  tidak mengamalkan perkara-perkara berikut:
1.    Berinteraksi dengan jin.
2.    Mengandungi unsur-unsur syirik.
3.    Penggunaan bahan yang haram.
4.    Cara pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
5.    Suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.

Sekian, Wasallam

Dato Mahaguru Raden Johari Mansor Al-Haj
Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan



7 comments:

  1. Kekadang tidak semua Hal perlu dijelaskan :)

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini sya sedang menerima rawatan utk memecahkan batu karang buah pinggang di Hospital queen 1 kota kinabalu. Sebelum ini ernah dirawat oleh Johari Mansor dgn cara pembedahan batin. Saya diminta mebayar Rm 3600.00 ditambah dgn bayaran ubatan dan jumlah keseluruhan Rm4100.00 .
    Selepas saja pembedahan batin sya buat xray.. batu masih berada di buah pinggang!
    Sya kembali ke pusat keraton yg terletak di Tanjung Aru.. ini kata Johari Mansor " klu kamu sembuh di hospital kerajaan, bila2 masa sya kembalikan wang kamu, Batu kamu ni berpenunggu, dulu batu kamu berada di buah pinggang sebelah kiri sebab itu sya bedah sebelah kiri.. kini batu tu lari di kanan.. klu dulu saya x bedah kamu, pasti kamu dah mati.
    Utk pengatahuan kamu pusat perubatan sya ni di bawah naungan TYT Dan Datuk Musa Aman.."
    Sya sedar yg sya telah ditipu, sya tinggalkan tempat itu dgn sumpah dihati yg sya akan bagitahu orang lain agar x tertipu.. Mudah2an Manusia seperti ini akan mendapat balasan dari yg maha kuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit tambahan ... sebelum pembedahan batin tersebut, sebenarnya sya sudah pun buat xray.. dan batu sebesar 2.9 cm tersebut memang berada di buah pinggang sebelah kanan.. malah sya bawa x ray tersebut utk dilihat oleh Johari.
      Dan pada masa pembedahan batin , Johari lakukan di sebelah kiri pinggang sya.
      Dia mendakwa yg dia juga merupakan Dr perubatan.

      Delete
    2. Sedikit tambahan ... sebelum pembedahan batin tersebut, sebenarnya sya sudah pun buat xray.. dan batu sebesar 2.9 cm tersebut memang berada di buah pinggang sebelah kanan.. malah sya bawa x ray tersebut utk dilihat oleh Johari.
      Dan pada masa pembedahan batin , Johari lakukan di sebelah kiri pinggang sya.
      Dia mendakwa yg dia juga merupakan Dr perubatan.

      Delete
  3. Sedikit tambahan...
    Sebenarnya sebelum pembedahan batin, saya telah pun buat x ray, dan batu ada di sebelah kanan buah pinggang sya. Malah Johari ada melihat imeg tersebut.
    Johari mendakwa yg dia juga merupaka Dr perubatan.

    ReplyDelete
  4. Sedikit tambahan...
    Sebenarnya sebelum pembedahan batin, saya telah pun buat x ray, dan batu ada di sebelah kanan buah pinggang sya. Malah Johari ada melihat imeg tersebut.
    Johari mendakwa yg dia juga merupaka Dr perubatan.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ini sya sedang menerima rawatan utk memecahkan batu karang buah pinggang di Hospital queen 1 kota kinabalu. Sebelum ini ernah dirawat oleh Johari Mansor dgn cara pembedahan batin. Saya diminta mebayar Rm 3600.00 ditambah dgn bayaran ubatan dan jumlah keseluruhan Rm4100.00 .
    Selepas saja pembedahan batin sya buat xray.. batu masih berada di buah pinggang!
    Sya kembali ke pusat keraton yg terletak di Tanjung Aru.. ini kata Johari Mansor " klu kamu sembuh di hospital kerajaan, bila2 masa sya kembalikan wang kamu, Batu kamu ni berpenunggu, dulu batu kamu berada di buah pinggang sebelah kiri sebab itu sya bedah sebelah kiri.. kini batu tu lari di kanan.. klu dulu saya x bedah kamu, pasti kamu dah mati.
    Utk pengatahuan kamu pusat perubatan sya ni di bawah naungan TYT Dan Datuk Musa Aman.."
    Sya sedar yg sya telah ditipu, sya tinggalkan tempat itu dgn sumpah dihati yg sya akan bagitahu orang lain agar x tertipu.. Mudah2an Manusia seperti ini akan mendapat balasan dari yg maha kuasa..

    ReplyDelete