Friday, July 8, 2011

Assalammualaikum

PUSAT RAWATAN KERATON (JMO 411541U)
No.23, Jalan Rahmat, Kg Melayu Majidee
81100 Johor Bahru


Kami merujuk kepada Draf Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam” yang dikeluarkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahagian5. Kaedah Rawatan,5.1 Skop Pengubatan Islam, 5.1.2.2 Kaedah yang tidak dibenarkan

i. Bedah batin

Bahagian 8.Larangan-larangan dalam Pengubatan Islam. 8.3 Cara Merawat dan Kaedah Rawatan yang Digunakan. 8.3.2 Menjalankan pembedahan batin, yang dilakukan secara ghaib yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus atau secara makrifat..

Kami tidak bersetuju dengan “Draf garis panduan Amalan Pengubatan Islam” dan ingin menbentangkan penjelasan kami.

Definasi Bedah Batin

Pembedahan yang dilakukan tanpa alat pembedahan moden, pertolongan jin, atau sihir,dipraktikkan menerusi ilmu marifatullah.

Definasi Ilmu Ma’rifatullah

Ilmu Ma’rifatullah, yaitu Ilmu untuk mengenal Allah Pengetahuan yang dicapai dari ma’rifat lebih tinggi dari pengetahuan yang dicapai dengan Akal. Memperoleh ma’rifat merupakan proses yang berkesinambungan. Bertambah banyak seseorang memperoleh ma’rifat berarti banyaklah yang diketahuinya tentang rahsia-rahssia Allah SWT dan ia semakin dekat kepada Allah. Ma’rifat bukan hasil pemikiran manusia tetapi bergantung kepada hidayah (karunia) Allah SWT jua. Ma’rifat adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya yang sanggup menerima karunia itu dengan adanya kesungguhan, kerajinan dan ketaatan mengabdikan diri sebagai hamba Allah. Setinggi-tingginya ilmu lagi suci adalah Ilmu Ma’rifat.

Kami telah meletakkan beberapa pendekatan dalam melakukan rawatan menerusi ilmu marifatullah (yang pada hari ini orang awam mempopularkan dengan sebutan bedah batin):

1. Berdasarkan fadhilat doa yang dipetik daripada ayat al-Quran.

2. Menggunakan bahasa yang difahami.(contoh, Ya Mahasuci Allah beri kesembuhan kepada Sipolan)

3. Jangan mengi’tiqadkan bahawa doa itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.(contoh, setiap doa diakhiri.......Walhamdulillahirabbilallamin (Dan segala puji bagi Allah …......)



Ada jenis-jenis penyakit yang perlu dirawat melalui “pembedahan”menerusi Ilmu Marifatullah. Pendekatan ini dilakukan bukan menggunakan pisau,keris,kemenyan, benda tajam dan sebagainya, tetapi dilakukan secara ma'rifatullah. Contohnya ialah untuk penyakit saluran jantung tersumbat.Oleh kerana organ ini sangat vital dan berada didalam bahagian tubuh, cara yang paling selamat ialah menerusi Ilmu Ma'rifatullah dipadukan pula dengan pesakit itu mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, zikir, doa dan ubat herba, saluran jantung yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala.

Islam menyuruh umatnya berikhtiar apabila sakit. Nabi S.A.W sendiri pernah mengubati kaum keluarga, sahabat-sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta ubat tradisional. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T bahawa ayat-ayat suci al-Quran menjadi ubat penawar, firmanNya,

Yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’: 82)
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak Hadith yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W  dalam Hadis-hadis baginda S.A.W.

Banyak persoalan dikemukakan. Apakah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ada ilmu mari’fat,
digunakan sebagai jurusan untuk mempertahankan diri. Wallahualam. Tetapi dari segi kiasan-kiasan sejarah, ayat-ayat al-Quran dan hadis boleh kita berfikir cara waras dan bertanya pada diri sendiri, mungkin ada tetapi tidak dihebahkan.Sebahagiannya serperti dibawah:-

“Dan katakana, telah datang yang benar dan lenyapkan yang bathil, sesungguhnya yang bathil itu pasti lenyap” (Bani Israil 17 Ayat 81 Juz 15).

“Dan sekiranya ada sesuatu bacaan, (Kitab suci yang dengan bacaan itu,Gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya, orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu Al-Quran itulah dia) “Ar Ra’d (Guruh) Jus 13 Ayat 31.

“Ya benar, jika kamu bersabar dan bertaqwa (bersiap-siap), dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya tuhanmu menolong mu dengan 5,000 malaikat yang memakai (tanda pasukan masing-masing) panji-panji “(Al-Imran (3) Ayat 125 Juz 4)

“Sesungguhnya keadaan apabila dia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia”. (4 Yassin. 82)
Ayat-ayat diatas adalah sebagai renungan kepada kita akan janji-janji Allah yang dinyatakan dalam Al-Quran. Bagaimana untuk memperolehi pertolongan Allah, kita hendaklah bertaqwa dam menyempurnakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang ditegah.

Zaman sekarang, Negara kafir memiliki bom nuklear dan lain-lain senjata yang lebih hebat. Bagaimana Negara Islam hendak mengalahkan mereka kalau tidak dengan kekuatan iman (keyakinan dan bertawalkal kepada Allah) Allah berfirman.

“Dengan Nama Allah, Tidak akan memberi kerosakan mau dilangit dan dibumi, apabila berserta dengan namanya”, Inilah pegangan yang patut ada pada tiap-tiap kaum muslimim.

Menurut riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasaa’i, nabi s.a.w. apabila memulakan peperangan beliau membaca doa” Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereka. Jiwa kami dan jiwa mereka ditanganmu. Engkau sendiri yang dapat mengalahkan mereka”.
 (Al Adzkar: 93)

Menurut riwayat Ibnu Sunny, Anas r.a (Al Adzkar 93- Susunan Al-Imam An-Nawawi) berkata” Adalah didalam sesuatu peperangan beserta nabi s.a.w, lalu berjumpa dengan musuh.Maka aku mendengar Rasul s.a.w. mengucap “Yaa Malikkiyaumiddin Iyyakanak Budu Waiyya Kanastain”, diketika aku lihat musuh-musuh itu terpelanting dengan sendiri, jatuh ketanah dihentam oleh para malaikat yang berada dihadapan dan dibelakang mereka”.

Diriwayatkan juga dalam satu daripada peperangan yang dilalui oleh Rasullullah saw. Ada seorang yahudi yang bernama Daksur dapat menyusup ketempat tidur Rasullullah saw dibawah pohon kurma. Apabila ia sampai berhadapan Rasullullah ia pun bangunkan Rasullullah lalu berkata: “Ya Muhammad, siapa yang dapat menolongmu.”Maka dijawab oleh Rasullullah saw:”Allah yang boleh menyelamatkan aku”.maka gementarlah Daksur tidak dapat bergerak dan jatuh pedangnya. Lalu diambil oleh Rasullullah akan pedang itu dan dihunus kepada Daksur sambil berkata “Siapakah boleh menyelamatkan kamu?” Lalu dijawab oleh Daksur dalam gementar:” Hanya engkau Muhammad, sekira ada belas kasihan terhadap aku”. Lalu Rasullullah pun menurun pedang tersebut dan bertaubatlah Daksur terus memeluk Islam dihadapan Rasullullah.

Diriwayatkan juga seorang wali Allah bernama Rabi’ah Al-Adawiyah tatkala ia difitnah berkalwat dengan gurunya. Maka ia disuruh berdiri untuk dilempari dengan batu. Apabila dilempar batu-batu tersebit tidak langsung mengena sasaran. Maka terbuktilah kebenaran Ra’biah.
Adakah ini kias menunjukkan pertahanan diri serperti jurusan sebagai sesuatu pertolongan atau maunah dari Allah dan menerusi ilmu makri’fat juga kita memperolehi maunah dari Allah dalam bedah batin. Maksud kaedah atau doa yang sama ada digunakan oleh Rasul s.a.w. sendiri. Kalau betul, bolehkah kita jadikan satu daripada sunah-sunah Nabi?

Para Nabi dengan mukjizat, Wali dengan keramat maka kita memohon maunah (pertolongan) Allah.Boleh kita kiaskan bahawa ilmu mari’fat anugerah Allah boleh dipelajari dan amalkan oleh umat Islam.

Kesimpulannya

Jika seseorang Pengamal pembedahan batin mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran dan wirid-wirid yang ma’thur serta tidak bercampur aduk dengan sebutan-sebutan yang meragukan dan boleh membawa kepada syirik maka Islam mengharuskannya. Untuk tujuan rawatan dan pengubatan, kita dibenarkan menggunakan apa jua cara asalkan kaedah rawatan yang akan dijalani itu  tidak mengamalkan perkara-perkara berikut:

1.    Berinteraksi dengan jin.
2.    Mengandungi unsur-unsur syirik.
3.    Penggunaan bahan yang haram.
4.    Cara pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
5.    Suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.

Oleh yang demikian kami sebagai Ahli Jawantankuasa mengusulkan butiran:-

5.1.2.2 dipinda sebagai berikut.

5.1.2.2 Kaedah yang tidak dibenarkan

i. Bedah batin yang batil dan/atau mengunakan bantuan makhluk halus dan/atau jin, kecuali berasaskan fadhilat doa-doa yang dipetik daripada AL-Quran dan Hadis.

8.3.2 dipinda sebagai berikut.

8.3.2 Menjalankan pembedahan batin, yang dilakukan secara ghaib yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus dan/atau jin, kecuali berasaskan fadhilat doa- doa yang dipetik daripada nas-nas Al-Quran dan Hadis.

Sekian, Wasallam



Dato Mahaguru Raden Johari Mansor Al-Haj
Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan

Friday, July 1, 2011

Assalammualaikum



PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK KILAT KEBANGSAAN
                                                                (Daftar: 2025/88J)




Kami merujuk kepada Risalah (Batas Amalan Pengubatan Islam/CA&P/BPTK) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian 4.4 Skop Pengubatan Islam. 4.4.2 Kaedah Rawatan, 4.4.2.2 Kaedah yang tidak dibenarkan iaitu i) Bedah Batin. Kami tidak bersetuju dengan resolusi ini dan ingin menbentangkan penjelasan kami.




Definasi Bedah Batin
Pembedahan yang dilakukan tanpa alat pembedahan moden, pertolongan jin, atau sihir,dipraktikkan secara ghaib dan simbolik menerusi ilmu marifatullah.
Ilmu Ma’rifatullah, yaitu Ilmu untuk mengenal Allah Pengetahuan yang dicapai dari ma’rifat lebih tinggi dari pengetahuan yang dicapai dengan Akal. Memperoleh ma’rifat merupakan proses yang berkesinambungan. Bertambah banyak seseorang memperoleh ma’rifat berarti banyaklah yang diketahuinya tentang rahasia-rahasia Allah SWT dan ia semakin dekat kepada Allah. Ma’rifat bukan hasil pemikiran manusia tetapi bergantung kepada hidayah (karunia) Allah SWT jua. Ma’rifat adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya yang sanggup menerima karunia itu dengan adanya kesungguhan, kerajinan dan ketaatan mengabdikan diri sebagai hamba Allah. Setinggi-tingginya ilmu lagi suci adalah Ilmu Ma’rifat.
Bedah batin telah ujud lama dialam Perubatan Melayu Nusantara. Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan (PSSGKK). Nombor daftar 2025/88J, merupakan salah satu pertubuhan yang menjadi pelopor bedah batin sejak sekian lama.
Kami telah meletakkan beberapa syarat terhadap penggunaan jampi mentera atau serapah yang dibolehkan dan digunapakai  dalam bedah batin:
  1. Menggunakan ayat al-Quran.
  2. Menggunakan bahasa yang difahami.
  3. Jangan mengi’tiqadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
Berbalik kepada amalan tradisi kita yang menggunakan ayat-ayat al-Quran oleh Pengamal perubatan alternatif tidak semesti membuktikan apa yang dilakukan oleh individu yang terlibat adalah sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Tidak harus menggunakan khidmat jin walaupun perkara itu harus kerana Nabi S.A.W tidak meminta pertolongan mereka walaupun ketika berjihad di medan perang, usaha mendapatkan berita-berita musuh dan sebagainya sedangkan ketika itu baginda S.A.W sangat-sangat memerlukannya tetapi baginda S.A.W tidak melakukannya. Oleh kerana ia merupakan sifat orang-orang Jahiliah yang sentiasa meminta pertolongan daripada mereka maka Islam mengharamkan perkara ini dalam firmannya,
Yang bermaksud, “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”.
(Al-Jin : 6)



Pengubatan kami tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan.

Ianya berdasarkan kepada 4 amalan utama iaitu:

1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir
4. Ubatan Herba

 Mengikut prosedur perubatan yang kami amalkan, pesakit perlu berjumpa dengan kami dahulu, untuk menbuat diagnosis (kenal pasti) penyakit yang dialami oleh pesakit. Diagnosis (kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah “scanning”. Keupayaan “scanning” ini adalah suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT). Berdasarkan penyakit yang dikenal pasti, dengan izin dan hidayah Allah (SWT), Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, ini kemudian disusuli dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran, doa ,zikir dan ubat herba yang mempunyai kelulusan  Kementerian Kesihatan .
Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau,keris,kemenyan, benda tajam dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan batin untuk penyakit saluran jantung tersumbat. Pembedahan batin ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, zikir, doa dan ubat herba, saluran jantung yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala.
Pembedahan cara batin bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau)


Islam menyuruh umatnya berikhtiar apabila sakit. Nabi S.A.W sendiri pernah mengubati kaum keluarga, sahabat-sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta ubat tradisional. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T bahawa ayat-ayat suci al-Quran menjadi ubat penawar, firmanNya,





Yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al­-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’: 82)

Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak Hadith yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Amalan perubatan de­ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia­kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W  dalam Hadis-hadis baginda S.A.W.


Banyak persoalan dikemukakan. Apakah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ada ilmu mari’fat,
digunakan sebagai jurusan untuk mempertahankan diri. Wallahualam. Tetapi dari segi kiasan-kiasan sejarah, ayat-ayat al-Quran dan hadis boleh kita berfikir cara waras dan bertanya pada diri sendiri, mungkin ada tetapi tidak dihebahkan.Sebahagiannya serperti dibawah:-

“Dan katakanlah telah datang yang benar dan lenyapkan yang bathil, sesungguhnya yang bathil itu pasti lenyap” (Bani Israil 17 Ayat 81 Juz 15).





Dan sekiranya ada sesuatu bacaan, (Kitab suci yang dengan bacaan itu,Gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya, orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu Al-Quran itulah dia) Ar Ra’d (Guruh) Jus 13 Ayat 31.

“Ya benar, jika kamu bersabar dan bertaqwa (bersiap-siap), dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya tuhanmu menolong mu dengan 5,000 malaikat yang memakai (tanda pasukan masing-masing) panji-panji (Al-Imran (3) Ayat 125 Juz 4)



“Sesungguhnya keadaan apabila dia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya jadilah maka terjadilah ia”. (4 Yassin. 82)
Ayat-ayat diatas adalah sebagai renungan kepada kita akan janji-janji Allah yang dinyatakan dalam Al-Quran. Bagaimana untuk memperolehi pertolongan Allah, kita hendaklah bertaqwa dam menyempurnakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang ditegah.
Kalau dalam peperangan Badar semua kaum muslimin mengunakan mari’fat sebagai jurusan untuk melawan musuh dan mempertahankan diri, InsyaAllah tidak akan ada orang kafir didunia ini, sebab orang kafir dapat melihat akan senjata sulit kehebatan  tentera Islam pada zaman itu.

Zaman sekarang, Negara kafir memileki bom nuklier dan lain-lain senjata yang lebih hebat. Bagaimana Negara Islam hendak mengalahkan mereke kalau tidak dengan kekuatan iman (keyakinan dan bertawalkal kepada Allah) Allah berfirman. “Dengan Nama Allah, Tidak akan memberi kerosakan mau dilangit dan dibumi, apabila berserta dengan namanya”, Inilah pegangan yang patut ada pada tiap-tiap kaum muslimim.
Menurut riwayat Abu Daud, At Turmudzy dan An Nasaa’y, nabi s.a.w. apabila memulakan peperangan beliau membaca doa” Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereke. Jiwa kami dan jiwa mereke ditanganmu. Engkau sendiri yang dapat mengalahkan mereke”. (Al Adzkar: 93)
Menurut riwayat Ibnu Sunny, Anas r.a 9Al Adzkar 93- Susunan Al-Imam An-Nawawi) berkata” Adalah didalam sesuatu peperangan beserta nabi s.a.w, lalu berjumpa dengan musuh.Maka aku mendengar Rasul s.a.w. mengucap “Yaa Malikkiyaumiddin Iyyakanak Budu Waiyya Kanastain”, diketika aku lihat musuh-musuh itu terpelanting dengan sendiri, jatuh ketanah dihentam oleh para malaikat yang berada dihadapan dan dibelakang mereke”.
 Diriwayatkan juga dalam satu daripada peperangan yang dilalui oleh Rasullullah saw. Ada seorang yahudi yang bernama Daksur dapat menyusup ketempat tidur Rasullullah saw dibawah pohon kurma. Apabila ia sampai berhadapan Rasullullah ia pun bangunkan Rasullullah lalu berkata: “Ya Muhammad, siapa yang dapat menolongmu.”Maka dijawab oleh Rasullullah saw:”Allah yang boleh menyelamatkan aku”.maka gementarlah Daksur tidak dapat bergerak dan jatuh pedangnya. Lalu diambil oleh Rasullullah akan pedang itu dan dihunus kepada Daksur sambil berkata “Siapakah boleh menyelamatkan kamu?” Lalu dijawab oleh Daksur dalam gementar:” Hanya engkau Muhammad, sekira ada belas kasihan terhadap aku”. Lalu Rasullullah pun menurun pedang tersebut dan bertaubatlah Daksur terus memeluk Islam dihadapan Rasullullah.
Diriwayatkan juga seorang wali Allah bernama Rabi’ah Al-Adawiyah tatkala ia difitnah berkalwat dengan gurunya. Maka ia disuruh berdiri untuk dilempari dengan batu. Apabila dilempar batu-batu tersebit tidak langsung mengena sasaran. Maka terbuktilah kebenaran Ra’biah.
Adakah ini kias menunjukkan pertahanan diri serperti jurusan sebagai sesuatu pertolongan atau maunah dari Allah dan  menerusi ilmu makri’fat juga kita memperolehi maunah dari Allah dalam bedah batin. Maksud kaedah atau doa yang sama ada digunakan oleh Rasul s.a.w. sendiri. Kalau betul, bolehkah kita jadikan satu daripada sunah-sunah Nabi?
Para Nabi dengan mujizat, Wali dengan keramat maka kita memohon maunah (pertolongan) Allah.Boleh kita kiaskan bahawa ilmu mari’fat anugerah Allah boleh dipelajari dan amalkan oleh umat Islam.

Kesimpulannya
Jika seseorang Pengamal pembedahan batin mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran dan wirid-wirid yang ma’thur serta tidak bercampur aduk dengan sebutan-sebutan yang meragukan dan boleh membawa kepada syirik maka Islam mengharuskannya. Untuk tujuan rawatan dan pengubatan, kita dibenarkan menggunakan apa jua cara asalkan kaedah rawatan yang akan dijalani itu  tidak mengamalkan perkara-perkara berikut:
1.    Berinteraksi dengan jin.
2.    Mengandungi unsur-unsur syirik.
3.    Penggunaan bahan yang haram.
4.    Cara pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
5.    Suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.

Sekian, Wasallam

Dato Mahaguru Raden Johari Mansor Al-Haj
Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan



RENUNGAN untuk umah yang menggunakan akal untuk berfikir -drp Prof. Dr. Samsuwyir (ISNT) Kesejahteraan Islam Republik Indonesia

Kesinambungan  Perubatan Islam 
Syariat adalah perbuatan ku.Hakikat adalah niatku.
Tarikat adalah jalan ku.Marifat adalah tujuan ku.

1.Syariat adalah berkaitan segala perbuatan yg d lakukan oleh kita dari bangun tidor hinga lah kita tidur kembali.Segala perbuatan mestilah mengikut Sunah Rasul. Sabda.Rasullah: Barang siapa tidak mengikut Sunnah ku.Maka adalah bidaah .........bidaah adalah sesat.
Jemaah alim ulamak berpendapat.kita boleh  mengikut pengesuaian peredaran zaman dan keperluan insan sajagat selagi tidak menolak yg wajib dan mehalalkan yg haram . Sekarang mari lah kita mausolkan Tentang..."PEMBEDAHAN"  modern masa kini menurut pandangan Islam  sajagat...adakah pernah d lakukan d zaman Rasullah ? Seperti yg mengunakan bius dan oksigen.tidak sedarkan diri masa dibedah jika mati kemana roh nya akan pergi ? Jika ia mati tidak sempat mengucap dua kalimah sahadat apakah hukumnya.? Atau tambah darah yg diambil dari bukan orang muslim jika tidak diteliti dari mana asal darah itu , Cara sengaja atau cuai dimasukkan pada tubuh orang muslim apakah tidak najis jadi nya.?.atau dgn sengaja memberi ubat pelali membuat kan  pesakit tidak sedarkan diri mabuk atau hayal ketika pembedahan dilakukan pada dirinya,apakah pandangan Islam tentang itu ?) jika maut dtg ketika itu tidak sempat  mengucap dua kalimah sahadat apakah hukum nya ?..Islam memang mengharuskan PEMBEDAHAN  MODEN, tapi  bukan berdasarkan 
"Sunnah Rasul"  Rasullah.tiada  pernah melakukan pembedahan cara modern seperti sekarang ini , Rasullah pernah dibedah oleh Malaikat Jibril .dua kali semasa kecil nya dan semasa sebelum miraj ka langit.Jibril melakukan nya untuk contoh pada umat Muhammad sebagai Sunnah Rasul yg kita anuti.Jika Jibril ingin mengeluarkan darah hitam tempat syaitan dijantung Rasullah pun boleh dgn tanpa melakukan pembedah cukup dgn berkata "Robikum"(terjadilah).Oleh kerana pembedahan yg dilakukan pada Rasullah itu adalah Sunnah yg mestinya kita ikuti .bila kita ada pesakit yg bermasalah perlu menjalani pembedahan "maka kita  metilah ikut cara Rasullah  Seperti sabdanya "Barang siapa tidak mengikuti sunnah ku ,maka bukan  umat ku "
Tetapi persoalan nya... !
 Siapa kah yg boleh melakukan nya kita Bukan nya Jibril..?
Ingat lah…".mahluk, yg paling mulia  diciptakan oleh Allah ialah manusia.kerana ia mempunyie akal untuk berfikir.. Terbukti Lokman Al-Hakim boleh memengalkan kepala perompak , dihadapkan pada Raja untuk disoal siasat setelah selesai d siasat oleh Raja .ia mencantumkan kembali kepala yg d pengal tadibegitu .banyak sejarah para Wali yg boleh buat seperti itu.seperti ditanah Jawa misal nya ..Sunan Gunung Jati
 Pun boleh melakukan pembedahan. Tapi bukan cara "medik moden" yg mana Islam hanya  membolehkan pembedahan" medik moden" dilakukan  jika tiada cara  lain untuk merawat nya.dlm keadaan darurat misalnya.Contoh nya..telah mencuba ..  Merawat pesakit dgn cara Islam ..seperti pakai doa Fadilah Al.Quran .. yg  disertakan dgn niat (batin ) marifatkan membuang penyakit dari tubuh pesakit misalnya ,sudah d cuba tapi tidak berjaya dan tiada jalan lain lagi cara Islam . barulah bembedahan cara "medic moden" d haruskan. Semua pengamal perubatan Islam diseluruh dunia ini  masing masing ada cara tersendiri berdoa pada Allah dgn ilmu yg dipelajari dari guru yg arif tentang ilmu perubatan Islam sudah setentunya  tidak terkeluar dari Quran dan Hadis.yg dijadikan panduan buat selama lama nya. Tidak ma'amalkan ilmu hitam.pakai jin atau bersahabat dgn jin hingakan dapat tuliah dgn Raja Jin untuk menikahkan kaum jin.dapat membawa jin bersiar siar dgn bas atau memindahkan nya ka satu tempat dgn Bas.walau pun perkara seperti ini tidak pernah Dilakukan Oleh Rasullah.itu jelas bida'ah.bida'ah adalah sesat.  Ingatlah Nabi berdakwah dgn muzizat, Wali berdakwah dgn keramat,orang yg Soleh berdakwah dgn Maunah .itu hanya berlaku diwaktu waktu yg  tertentu saja bukan setiap yg dtg kena santau tepuk dgn daun nangka kaca betaburan keluar jatuh d atas kertas hitam.Adakah itu cara  Rasullah mengelujarkan santau ? Namun demikian itu adalah satu cara makrifat.dgn mamakrifatkan cara demikian keluar lah semua santau yg ada dlm tubuh pesakit tersebut  …usha dari kita penentuan nya tetap dari Allah.. begitulah jua Pengamal Perubatan Islam yg Lain mempunyie cara Makrifat yg tersendiri yang diyakini  terbukti ramai Pengamal Perubatan Islam Berjaya merawat pesakit  yang mana tidak boleh diatasi dengan cara rawatan medik Moden.tetapi dgn izin Allah ia sembuh .Sebagaimana Firman Allah  surah Yasin ".Apabila Allah menghendaki hanya dgn perintah nya jadi maka jadilah ia".Semua Pengamal Perubatan Islam tidak ingin sesat  atau menjadi ahli sihir.tetapi apabila ada sikap irih hati d antara Pengamal Perubatan Islam .apabila teman seperjuangan nya lebih berjaya dari dia .timbullah rasa irih hati,hasad dengki d antara satu sama lain,  pengamal perubatan Islam sudah Semestinya berdoa dgn mengunakan  ayat ayat 'AL-Quran.dan menambah permohonan nya pada  Allah dgn  bahasa  yg difahami  untuk memantapkan tujuan doa tersebut (gunakan lah bahasa yg kamu Fahami supaya kamu kusuk bila berdoa , sesungguhnya Allah maha Mendengar ) minta lah Pada Allah dan jangan lah minta  pada yg lain.. seperti pada jin misalnya 
(Engkau lah yg ku  sembah pada engkau lah saja tempat aku mohon pertolongan)

2.hakikat(batin) yaitu niat memanglah d tuntut dlm Islam (segala perbuatan hendaklah bersertakan dgn niat.)jangan lah lain dimulut dan lain pula dihati ,itu munafik nama nya.....contoh nya..jika solat dilaku kan tampa niat tidak sah jadi nya..ingatlah  ....semua perbuatan yg baik ..baru berniat saja Allah telah memberi janjaran pahala pada kita...oleh itu semua perbuatan (syariat)mestilah berserta (niat yg letak nya dibatinnya atau lebih jelas lagi dipanggil d hakikat nya)

3,Tarikat (jalanku)keterangan ,hadis.Barang siapa berguru tampa guru .gurunya adalah syaitan.di sini jelas lah .gurulah yg bertangung jawab menunjukan jalan cara beramal ikut bidang masing masing.sesuai dgn Sabda Rasullah.menuntut lah ilmu dari buaian hinggakan ke liang lahat.dan belajarlah ilmu walau pun sampai ka Negeri Cina.firman Allah Surah :Al-Kafi 109; jika air lautan dijadikan tinta walau pon tiga kali kering nya d tambah dgn tiga kali lagi ,namun tidak akan habis huraian AL-Quran.itu.)jelas lah terlalu sedikit ilmu yg kita miliki jika dibandingkan dgn Ilmu yg terisi dlm Al-Quran.ibaratkan setitis embun berbandingkan air lautan  yg luas.oleh itu kita mesti lah  bersangka baik. Dgn berfikiran tiap langit masih ada lagi langit.kita bersedia mendalami ilmu yg belum  kita pelajari.sangup berguru..untuk menambah ilmu walau terpaksa belajar pada orang yg lebih muda dan jangan bersikap iri hati ,dengki hati ,prasangka buruk diatas kebolehan orang  lain kita saja yg hebat kita saja yg betul.akhir nya sangup membuat  fitnah kerana kita tidak mampu berbuat sedemikian itu....lalu menuduh rakan saperjuangan kita salah jalan pengamal ilmu sihir...ada gulungan salah guna kuasa yg diberi , mengunakan  Agama sebagai topeng,  melindung cara jalan hidup nya yg suka asad dengki dan suka buat fitnah apabila ada saja orang yg lebih dari diri nya mula lah dituduh mengamalkan sihir pakai jin atau silap Mata dia lah saja yg betul ,orang lain semuanya  salah jalan.Sabda Rasullah:.Pada satu hari nanti ada para pemimpin diberi kuasa d muka bumi tapi membuat kerosakkan.

4.Marifat (adalah tujuan ku)tujuan ku...yg bermaksud tujuan yg dimaksudkan nya. bergantung pada niat dan perbuatan nya  yg dikendalikan dgn tertip perjalanan ikut landasan nya Sunah Rasul dan Kalam Mullah.  d bimbing  "oleh guru jalan (tarikat)  d atas yg d maksutkan seperti Perobatan Islam Misalnya.sudah tentu jika kita mengubati pesakit (.1.)Syariat nya membaca ayat 'Al-Qra'an (2). hakikat nya (batin nya)minta pada Tuhan supaya pesakit yg diubati sembuh . (3)Tarikat nya(cara jalan nya mengobti yg d ajarkan oleh guru dlm ilmu perobatan itu (4) ma'rifat nya membayangkan penyakitnya keluar dari pesakit yg d rawat dgn izin Allah....Sabda Rasullah : barang siapa berusha tampa berdoa adalah  orang yg sombong ,sebalik nya ber doa tampa berusha termasuk orang yg malas. Lawan lah beserta dgn perbuatan mu perkataan mu dan niat mu.melawan dgn niat semata mata adalah selemah lemah iman.
Rumusan nya selagi kita berdoa meminta pada Allah dgn tujuan baik maka tiada sebab tidak dibolehkan.oleh sarak...dan sebagai perawat tidak menjadi kesalahan mengunakan alat untuk kemudahan menjalankan rawatan, asalkan alat alat itu tidak memudaatkan.dan bukan dari bahan yg haram.dan tidak memakai alat alat yg d gunakan oleh Dr. Medic …,"kerana Imam Razali ada bekata:  Jangan lah kamu memberi tugas pada bukan ahlinya:  Dalil nya ada alam ini. Wassalam.

- drp.
 Prof.Dr.Raja Samsuwyir .
Inst. Kesejahteraan Islam Ripublic Indonesia.